PROGRAM KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN BELIA 2022

   

Tampin, 26 Mac 2022 (SABTU) – Telah diadakan Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Belia 2022 yang telah berlangsung di Dewan Bandaran Tampin.

Majlis Belia Daerah Tampin sebagai penganjur dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Daerah Kuala Pilah.

Program yang berkonsepkan sesi temuduga terbuka dan perkongsian maklumat melalui sesi taklimat umum dimulai seusai majlis perasmian yang disempurnakan oleh Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama Dr Muhammad Iqbal bin Arifin , Naib Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin merangkap YDP Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Puan Juliyati binti Yaakob, Pengurus Pejabat PERKESO Daerah Kuala Pilah.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan penuh komited sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak NGO dalam penganjuran program seumpama ini. Diharapkan menerusi Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Belia 2022 dapat meningkatkan lagi peluang pekerjaan seterusnya menjana pendapatan para belia sekaligus mengurangkan kadar kepengangguran terutamanya dalam golongan B40″, antara petikan yang dirakamkan dalam ucapan perasmian.

Selesai sesi lawatan ke semua _kiosk_ temuduga, Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Daerah Kuala Pilah memulakan sesi taklimat diikuti oleh kesemua wakil syarikat yang hadir bagi memberi penerangan berkaitan kelayakan dan kekosongan yang ditawarkan. Di samping itu, turut membanggakan kehadiran usahawan belia dari Daerah Tampin iaitu Encik Adib bin Abu Bakar, Pengerusi Majlis Belia (MBFM) Jelai 3 yang berbesar hati berkongsi maklumat dan pengalaman.

Antara agensi dan syarikat yang hadir adalah ML Alpha Stallion, Omron Malaysia Sdn Bhd, Mewah-Oils Sdn Bhd, The Food Purveyor Sdn Bhd, Careplus (M) Sdn Bhd, Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd, Jakel Senawang, McDonalds Kuala Pilah, CPAK Sdn Bhd dan Cipta Success Marketing. Selain itu, beberapa usahawan belia yang dijemput dibawah agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Sementara UiTM Rembau dan Kolej Komuniti Tampin juga menghantar penyertaan pelajar dalam semua sesi taklimat keusahawan.

Sekalung tahniah ke atas Majlis Belia Daerah Tampin atas kejayaan perancangan dan pelaksanaan program ini. Setinggi penghargaan juga kepada semua pihak yang membantu menjayakan kelancaran program terutamanya Majlis Daerah Tampin yang memberi kebenaran menggunakan dewan dan penyediaan peralatan. Tidak lupa juga kepada Pejabat Penerangan Tampin dalam penyediaan alat siaraya dan RELA Tampin yang senantiasa membantu dalam aspek keselamatan dan lalu lintas serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang pelaksanan program.

Sumber : FB JBS Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut