POLIS PANTAU SEMUA BAZAR RAMADHAN DI KELANTAN

 

KOTA BHARU : Polis akan membuat pemantauan di semua bazar Ramadan di negeri ini bagi memastikan peniaga dan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat pemantauan di bazar Ramadan.

Katanya, pemantauan akan dibuat oleh pihak polis yang akan memakai pakaian seragam dan juga berpakaian biasa.

“Ia untuk memastikan semua yang ada di bazar Ramadan mengikut SOP termasuk memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal.

“Bagi bazar Ramadan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri atau PBT, kita sedia maklum dan meminta penganjur bazar individu supaya memberitahu pihak polis untuk membuat pemantauan.

“Kita minta orang ramai supaya mengelakkan berkunjung ke bazar Ramadan yang sesak bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

Shafien berkata, pemantauan polis ini seiiring dengan hasrat kerajaan bagi memastikan semua rakyat patuh kepada SOP.

“Apa yang penting kita hendak pastikan rakyat selamat dan dijauhi daripada Covid-19 serta dapat menjalani ibadah puasa dengan selamat,” katanya.

 

SUMBER : H METRO

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut