HADK 2022 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG MERIAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

PENANTI, 28 MAC 2022 – Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2022 dan jerayawara peringkat Negeri Pulau Pinang telah dimeriahkan oleh kira-kira 1,500 penduduk di Kampung Guar Perahu, Penanti pada 26 hingga 27 Mac 2022.

Dalam program yang berlangsung selama dua hari tu, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pameran perkhidmatan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), khidmat nasihat, aduan permasalahan dadah serta sukan rakyat.

Penganjuran program itu juga bertujuan mendekatkan diri dengan masyarakat setempat selain membina kerjasama antara agensi kerajaan dengan pemimpin komuniti dalam menyelesaikan isu permasalahan dadah di kawasan berkenaan.

Pada masa yang sama, Table Talk bersama komuniti turut diadakan dan dihadiri oleh tiga orang panel iaitu Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon; Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, YB Dr. Norlela Ariffin.

Turut hadir bersama ialah Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Encik Kamarul Haizal Koderat dan Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Puan Elmariah Chung.

 

Sumber:

Lama Facebook Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut