KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) BERPERANAN SELESAIKAN ISU KOMUNITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) memainkan peranan sangat penting sebagai ‘orang tengah’ dalam membantu menyelesaikan isu komuniti daripada berlarutan menjadi semakin parah hingga menjejaskan keharmonian, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

KRT sememangnya menjadi mata dan telinga untuk menjaga perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini, kata Datuk Halimah ketika sidang media selepas Majlis Penyampaian Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia yang berlangsung di Butterworth pada 27 Mac 2022.

Pada majlis itu, sejumlah RM2.814 juta diperuntukkan bagi 469 KRT aktif di Pulau Pinang untuk memperkasa kepemimpinan masyarakat melalui teras, strategi dan program berimpak tinggi. Secara keseluruhannya, sebanyak RM50 juta geran diperuntukkan kerajaan kepada 8,330 KRT seluruh negara tahun ini yang akan diagihkan secara berperingkat secepat mungkin.

 

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut