WP LABUAN – Pada 25 Mac 2022, Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan dan disambut secara ringkas dan sederhana dalam mod pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya. Sambutan pada kali ini masih mengekalkan tema sama iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.
Sambutan dilengkapi dengan pemeriksaan kawalan kehormatan, lafaz ikrar taat setia, penyampaian surat penghargaan, dan juga persembahan dari anggota PDRM dan juga Kadet Polis.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Ahmad Jawila seterusnya menyampaikan ucapan perutusan Ketua Polis Negara.
Hadir pada majlis itu, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussien, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Tn. Hj. Rithuan Mohd Ismail.


#KeluargaMalaysia #MKNLabuan