JENAYAH SIBER: PANGGILAN VIDEO LUCAH JERAT 108 MANGSA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

Polis Pulau Pinang menasihati orang ramai khususnya ibu bapa supaya memantau penggunaan telefon bimbit anak mereka bagi mengelakkan diri terjerat dengan kes pemerasan melalui panggilan video lucah.

Ia susulan statistik bagi kes berkenaan yang dilaporkan sebanyak 108 kes bagi tempoh 2020 hingga 2022, dengan kerugian sebanyak RM589,685 serta penahanan seramai 39 individu. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika Sidang Media pada 25 Mac 2022 berkata, kesemua mangsa yang terbabit dengan kes itu berusia antara 13 hingga 64 tahun.

Katanya, statistik pada tahun 2020 menunjukkan sebanyak 17 kes diterima dengan kerugian sebanyak RM76,300 membabitkan penahanan lapan individu dan enam daripada kes itu berjaya diselesaikan. Manakala pada 2021, ia menunjukkan peningkatan drastik iaitu sebanyak 80 kes dengan kerugian sebanyak RM404,335 membabitkan penahanan 30 individu dan 8 daripadanya berjaya diselesaikan. Seterusnya bagi tempoh dua bulan iaitu pada Januari hingga Februari tahun 2022, sebanyak 11 kes dilaporkan membabitkan kerugian sebanyak RM190,050 dan satu kes berjaya diselesaikan dengan seorang tangkapan.

Perkembangan tidak sihat ini memberi kebimbangan mengenai kegiatan dalam dunia siber yang membabitkan maruah dan kerugian sejumlah besar wang. Kegiatan ini boleh membawa kepada insiden bunuh diri kerana mangsa yang ketakutan apabila videonya tersebar kepada umum dan diperas ugut menggunakan wang hingga mengambil keputusan bagi membunuh diri. Selain itu, penggunaan telefon oleh anak-anak juga perlu dipantau, mereka takut dimarahi dan sanggup mencuri serta cenderung mengambil jalan singkat bagi menyelesaikan masalah.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut