GOTONG ROYONG KALI KEDUA RASAH RAILWAY TOURISM DI JAMBATAN KG CHEDANG,RASAH

   

Satu goyong-royong kali kedua telah diadakan di Jambatan Kg. Chedang,Rasah yang dianjurkan bersama oleh MBS, Pejabat DUN Rahang,MPKK Kg. Rasah dan SWCorp N.Sembilan.

Pelbagai jabatan di peringkat MBS bekerjasama dalam melaksanakan gotong royong diadakan.Hadir sama YB ADUN Rahang, Setiausaha MBS dan Ahli Majlis MBS.Projek ini mengaplikasikan konsep Community Base Tourism (CBT) dan Sustainable Development Goals ( SDG) yang diamalkan di peringkat antarabangsa.
Makluman semua juga, satu replika keretapi 2D telah dibangunkan oleh pihak MBS di atas jambatan ini. Replika yang dibangunkan ini ialah Lokomotif Lady Dickson yang dikeluarkan oleh Syarikat Dubs & Co, Scotland pada 1890.

Lokomotif ini diperkenalkan untuk tren dan kegunaan penumpang semasa pentadbiran Sungai Ujong Railway (SUR). Dinamakan sempena nama Pesurujaya Tinggi Negeri – Negeri Selat iaitu Sir John Frederick Dickson.

Lokomotif ini telah ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1924 selepas lokomotif Kelas K siri dua diperkenalkan.

   

Sumber :  FB Pesona Seremban

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut