DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)
PULAU PINANG, 23 Mac 2022 – Susulan sambutan yang menggalakkan pada sesi taklimat pertama pada 19 Mac 2022, Majlis Bandaraya Pulau Pinang melalui Jabatan Kejuruteraan (Bahagian Geoteknikal) telah turun padang sekali lagi pada 22 Mac 2022 bagi bertemu dengan pengusaha tani / pekebun Balik Pulau.
Dalam sesi pertemuan tersebut, Jurutera Geoteknikal MBPP telah menyampaikan penerangan terperinci dan proses permohonan mengenai Garis Panduan Keselamatan Aktiviti Pertanian Di Kawasan Berbukit Pulau Pinang 2021 Tahap 1 dan Tahap 2.
Para pengusaha tani / pekebun juga berpeluang untuk menyampaikan keluhan sekaligus membincangkan mengenai solusi permasalahan yang sering dihadapi dalam mengusahakan pertanian terutama di kawasan cerun.
Sesi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk memberi kefahaman dan manfaat kepada para pengusaha tani / pekebun di Pulau Pinang dalam menguruskan pertanian terutamanya dari aspek keselamatan.
Sumber:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP