NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO POLITIK (Sensitiviti Agama)
Mufti Pulau Pinang dalam satu kenyataan, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menegaskan pemaparan detik-detik kelemahan yang mana seseorang terpaksa โmengalahโ kepada nafsu syahwat adalah tidak perlu ditonjolkan di dalam sesebuah karya seni. Wan Salim berkata, seni sepatutnya berperanan mendidik masyarakat, membentuk pemikiran dan perasaan mereka ke arah pembinaan sahsiah yang terpuji dan boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat terutama generasi baharu. Tambah beliau, detik kekuatan insan yang memaparkan seseorang berjaya mengatasi desakan nafsu syahwatnya perlu dijadikan โfokusโ bagi karya seni yang sesuai dengan kemuliaan insan selaku khalifah Allah SWT di bumi. Ini adalah kerana seni berupaya memacu masyarakat ke arah kemajuan dan kebaikan, begitu juga sebaliknya mampu meruntun masyarakat ke jurang keburukan dan keruntuhan.
Sumber: Utusan Online