ELAK KOMPLIKASI MIS-C: PASTIKAN KANAK-KANAK DIVAKSIN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Bagi mengelakkan komplikasi serius berlaku akibat COVID-19 seperti Sindrom Keradangan Multisistem Dalam Kanak-Kanak (MIS-C) dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa diminta untuk memastikan anak-anak mereka divaksin .

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) Datuk Dr Anas Alam Faizli dalam kenyataannya pada 22 Mac 2022 berkata, kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak telah meningkat dengan mendadak termasuk kondisi yang serius dan kematian. Sehubungan itu timbul kebimbangan mengenai MIS-C dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, ibu bapa diseru supaya memastikan anak-anak mereka dilindungi daripada virus COVID-19.

Dr Anas turut menggesa agar lebih ramai pakar kanak-kanak menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) untuk membantu dan bekerjasama dengan ProtectHealth dalam melaksanakan program tersebut secara maksimum. Terkini, lebih 900 pengamal perubatan am (GP) dan empat klinik pakar kanak-kanak terlibat dalam program PICKids.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut