NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)
Kerajaan terus melindungi rakyat daripada mengalami kesan inflasi yang mendadak dengan meneruskan pemberian subsidi semasa walaupun harga minyak global meningkat ekoran pergolakan antara negara Rusia dan Ukraine. Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican berkata dalam rancangan Ruang Bicara di Bernama TV bertajuk ‘Jamin Kerja & Semarak Niaga Untuk Keluarga Malaysia’ yang ke udara pada 21 Mac 2022, Kerajaan akan terus mengekalkan dasar subsidi semasa untuk melindungi rakyat dari kenaikan harga barangan dan gangguan rantaian bekalan makanan, walaupun kos kepada subsidi itu meningkat secara mendadak Tambah beliau, kesan pergolakan antara kedua-dua negara tersebut telah mengakibatkan kenaikan harga minyak melebihi US$100 setong, sedangkan Bajet 2022 yang disediakan kerajaan adalah atas unjuran atau andaian harga minyak sebanyak US$67 setong.
Jelas beliau kagi, rakyat pada ketika ini masih dapat menikmati harga minyak RON95 pada kadar RM2.05 seliter, iaitu antara yang termurah, jika dibandingkan dengan negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, termasuk negara jiran yang perlu membayar lebih kurang dua kali ganda yang kini kini sudah mencapai RM4.00 seliter tanpa subsidi Kerajaan.
Kenaikan harga minyak juga telah menyebabkan harga minyak sawit meningkat, namun kerajaan masih lagi menyediakan pek bersubsidi untuk satu kilogram pada harga RM2.50, sedangkan harga jika mengikut masa ini telah mencecah hampir RM10.
Sumber: BERNAMA