K-KOM LANTIK 30,000 DUTA KOMUNITI BANTU FASA ENDEMIK

 

PASIR MAS – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan melantik kira-kira 30,000 individu terdiri daripada Keluarga Malaysia; pimpinan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan sebagai Duta Komuniti sebaik sahaja negara beralih ke fasa endemik bermula 1 April ini.

MenKOMM, Tan Sri Annuar Musa berkata, Duta Komuniti itu akan memainkan peranan memberikan peringatan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka yang betul dan sebagainya jika ada majlis di kawasan mereka.

“Peringatan itu akan diberikan dalam bentuk nasihat secara mesra dalam kalangan komuniti bukannya mendenda,” katanya selepas menyampaikan sumbangan banjir di Kampung Serongga, Repek di sini, pada Isnin.

Menurutnya, Duta Komuniti yang dilantik itu akan diberikan watikah dan mereka bertanggungjawab dengan amanah tersebut.

Beliau berkata, sebagai permulaan majlis pelancaran itu akan berlangsung di Perlis pada 25 Mac ini.

Annuar berkata, program tersebut turut mendapat sokongan daripada beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut