E-WALLET : INISIATIF PENGURUSAN KEWANGAN KEPADA PENIAGA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Akses Digital)

Sejak virus COVID-19 melanda negara dan menular sebagai wabak pandemik, masyarakat lebih banyak melakukan transaksi atas talian untuk membeli belah, urusan perbankan, pengurusan mesyuarat agensi, membayar bil utiliti, sesi pembelajaran dan pelbagai lagi.

Selain itu, masyarakat juga mula cenderung menggunakan e-wallet iaitu salah satu inisiatif pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas. E-wallet berfungsi seperti dompet fizikal iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit dan maklumat akaun bank kita dalam satu aplikasi. Secara ringkasnya, e-wallet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu membawa dompet atau beg tangan ke mana-mana.

Populariti e-wallet semakin hari semakin meningkat kerana kebanyakan restoran, kedai runcit dan pusat membeli belah menawarkan pilihan transaksi e-wallet kepada pengguna. Selain memberi kemudahan kepada pengguna, para peniaga juga memperoleh banyak manfaat daripada perkhidmatan e-wallet.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan infografik menarik mengenai kelebihan e-wallet kepada peniaga.

Jadi, anda tunggu apa lagi?  Jom, daftar e-wallet!

Sumber : Laman Rasmi KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut