WP LABUAN – YBhg. Dato’ Sri Hj. Amir bin Hj. Hussien ,Pengerusi Perbadanan Labuan telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau iaitu sepasang pakaian sekolah dan wang bernilai RM100.00 kepada 20 pelajar sekolah menengah dan rendah.
Sumbangan tersebut adalah untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan di samping memberikan semangat kepada pelajar-pelajar yang akan memulakan persekolahan pada Mac 2022 ini.
Pengerusi mendoakan agar anak-anak warga Labuan terus cemerlang dalam pelajaran dan berbakti kepada kedua ibu bapa dan negara.


Sumber: PERBADANAN LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan