PULAU PINANG KOMITED SOKONG DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DAKEN)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca – Krisis Pandemik)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited menyokong Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DAKEN) yang diusahakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) demi memantapkan kembali sektor berkaitan dari segi pembangunan, tadbir urus budaya, modal insan, pengkaryaan serta program penjanaan semula ekonomi negeri pasca pandemik COVID-19.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, YB. Yeoh Soon Hin berkata demikian semasa merasmikan Jerayawara DAKEN Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan serentak dengan acara Pemerkasaan Badan Bukan Kerajaan (BBK) 2022. Kerajaan Negeri akan memberi sokongan terhadap dasar ini (DAKEN) agar ia terus disemarakkan melalui program-program kebudayaan bagi memastikan budaya dan warisan kaum-kaum yang terdapat di Negeri Pulau Pinang akan terus terpelihara dan lestari pada masa akan datang.

Di samping itu, beliau turut berharap DAKEN akan dapat diangkat serta mendapat sokongan daripada semua pihak sama ada pada peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi pemegang taruh dalam sektor pelancongan dan ekonomi kreatif berkaitan di negeri ini. Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan MOTAC, Dr. Tan Awang Besar turut menyampaikan taklimat berkaitan DAKEN yang akan terus dipacu di seluruh negara termasuk Pulau Pinang. DAKEN dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 26 Oktober 2021 antara lain bertujuan menjadi entiti penting dalam konsep Keluarga Malaysia yang menekankan nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran pada semua lapisan komuniti.

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

RAPTAI PENUH ISTIADAT PERBARISAN BERJALAN LANCAR

BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri). KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena …
Maklumat Lanjut