MENYEGARKAN SEMULA PERKHIDMATAN AWAM BERI KESAN POSITIF TERHADAP URUSAN JABATAN KERAJAAN

IPOH, 20 MAC 2022- Pendekatan yang lebih terhadap cara perkhidmatan awam dalam memudahkan urusan-urusan jabatan kerajaan mampu memberi kesan positif dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah berkata, saranan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Parlimen baru-baru ini perlu disahut dengan baik bagi menjamin sistem penyampaian perkhidmatan berada di landasan yang terbaik.
“Melihat kepada konteks menyegarkan semula perkhidmatan awam, pertama sekali kita perlu melihat kepada proses kerja kita, di mana proses kerja kita perlu berkait langsung dengan pekeliling yang ada.
“Jadi saya telah tubuhkan satu task force di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kita melihat pekeliling-pekeliling yang lama untuk disemak semula. Setakat sebulan saya berkhidmat, sebanyak tiga pekeliling baru telah dikeluarkan, mana yang lapuk kita akan beri nafas baru dan mana yang tidak relevan kita akan batalkan terus,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Bersama Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Di Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan Abu Hassan; YBhg. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed serta YBhg. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Dato’ Zainal Azman Abu Seman.
Ujar YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah lagi, fokus menyegarkan semula perkhidmatan awam itu mempunyai sifat yang didasarkan kepada nilai integriti tinggi, berpaksi kepada rakyat dan berfikiran realistik serta sentiasa bersedia menyelesaikan pelbagai masalah merentas kementerian dan agensi.
“Rakyat ini umpama stakeholder kepada kita, ada rakyat yang menjadi peniaga, ada rakyat yang menjadi orang biasa dan bermacam lagi. Mereka ini amat memerlukan perkhidmatan kerajaan yang merangkumi banyak perkara seperti pendaftaran kad pengenalan, sijil kematian, kelulusan lesen dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu lihat semula bagaimana kita mampu untuk memudahkan urusan mereka.
“Kita perlu membantu mereka tanpa ada kompromi terhadap perkara-perkara yang berkaitan seperti keselamatan, kelulusan dan lain-lain. Sebagai contoh pendaftaran nama, berapa kali kita mahu mereka daftar, secara digital sudah dibuat jadi tidak perlu disuruh banyak kali kerana ia benda yang sama, ini boleh kita lihat dengan pendekatan pendigitalan itu sendiri,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan sama, Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Bersama Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Di Negeri Perak merupakan platform bagi YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menyampaikan amanat serta melontarkan idea dan cadangan bagi menambah baik perkhidmatan awam masa kini khususnya bagi negeri Perak Darul Ridzuan.
Sumber: SUK Perak

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut