DUA BOT KARAM DAN EMPAT NELAYAN HILANG DI PULAU PINANG

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Empat nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka karam dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Pinang pada 21 Mac 2022. Difahamkan semasa kejadian, hujan lebat dan angin kuat melanda kawasan perairan Pulau Pinang.

Dalam kejadian pertama, seorang nelayan yang juga tekong bot hilang selepas botnya karam pada 8.15 pagi tadi. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Awis Kharni Abdul Rahman berkata susulan itu, pihaknya menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan perairan Pulau Kendi. Hasil SAR, pihak bomba hanya berjaya menemukan dua mangsa dari tiga mangsa yang dilaporkan terlibat iaitu Tan Soon Gin berumur 30-an dan Pai San Chu Kaw berumur 40-an.

Sementara itu, tiga nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak sebelum terbalik dan karam di perairan Kuala Muda, Penaga. Pegawai Operasi JBPM Pulau Pinang, Yusmin Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.46 pagi sebelum operasi SAR digerakkan ke perairan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima, tiga mangsa terlibat iaitu Mohd Firdaus Samsudin, Hazizul Zakaria dan Ruzidi Saad, kesemuanya berusia 34 hingga 44 tahun.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut