DKN 2021-2025: NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7 (PEMBANGUNAN MAMPAN)

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN

Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai keseimbangan pembangunan ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar. Aspek keselamatan perlu diberi keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan bagi memastikan kelangsungan sumber-sumber negara, kesejahteraan rakyat dan keperluan generasi akan datang terpelihara. Pembangunan yang tidak seimbang berpotensi menyebabkan ketidakseimbangan ekologi dan demografi negara.

Pembangunan mampan tidak hanya dilihat dari aspek material dan infrastruktur sahaja. Pembudayaan mentaliti yang meletakkan kelestarian alam sekitar dalam pembuatan dasar strategik di pelbagai sektor juga dianggap penting. Komitmen terhadap pendekatan pembangunan mampan harus turut dilihat sebagai suatu
cabang keselamatan negara yang rantaian kebergantungannya saling berhubung kait dengan sektor lain.

Pembangunan mampan juga turut merangkumi bagaimana adaptasi teknologi dapatdikendali dengan cekap dan berkesan bagi tujuan menjamin kedaulatan, keamanandan kesejahteraaan setiap pihak yang bernaung di dalam Persekutuan Malaysia

 

Sesungguhnya, faktor keselamatan merupakan salah satu tonggak yang penting dan menjadi asas kepada kejayaan kita dalam mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan negara.

β€œKeselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut