CUBAAN SELUDUP 590KG DAUN KETUM GAGAL

 

JELI – Cubaan dua lelaki tempatan menyeludup 590 kilogram (kg) daun ketum ke negeri ini gagal selepas dicekup polis semasa cuba melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Batu 6, Batu Melintang, di sini pada Ahad.

Lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan pada jam 7.30 pagi semasa menaiki kereta jenis Proton Exora warna hitam ketika cuba melepasi SJR tersebut.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui 59 bungkus beg plastik hitam mengandungi daun ketum.

“Hasil siasatan awal didapati kereta tersebut datang dari arah Gerik, Perak ke Jeli.

“Nilai rampasan RM5,900 dan kedua suspek didapati positif methamphetamine,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

SUMBER : SINAR HARIAN

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut