PGU LAKUKAN PENERBANGAN IHSAN TURUNKAN PENDAKI DI GUNUNG TAHAN

 

Lipis, 17 Mac 2022 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan penerbangan ihsan bagi membawa turun seorang pendaki dari Kem Kor, Gunung Tahan, di sini semalam selepas mangsa kehabisan tenaga dan lemah kerana mengalami cirit-birit selama dua hari.

Operasi yang diketuai oleh Juruterbang, Superintendan Mohd Fairuz Jamil itu menggunakan helikopter jenis Agusta Westland AW 139 bersama Pembantu Juruterbang, ASP Vithayaran Nair Muttapan, “Hoist Operator”, Sub Inspektor Mohd Yani Abd Malek dan “Rescuer”, Sarjan Mejar Muhamad Syahir Muhamad Nazir.

Turut sama dalam penerbangan tersebut ialah Ketua Polis Balai Merapoh, Inspektor Kamarul Azizee Kamarazi, dua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang pemandu pelancong.

Sejurus tiba di lokasi operasi, mangsa bersama seorang rakannya segera dibawa menaiki helikopter. Walau bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan daripada petugas KKM.

Superintendan Mohd Fairuz berjaya mendaratkan helikopter di Padang Majlis Daerah Lipis bagi menurunkan jenazah mangsa dan penumpang-penumpang lain yang terlibat.

   

Sumber : FB Polis Diraja Malaysia 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut