TM GEMBIRAKAN PELAJAR ASNAF DENGAN SUMBANGAN ZAKAT

KOTA BHARU – Seramai 80 pelajar sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang tergolong dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima sumbangan zakat daripada Telekom Malaysia (TM) pada Majlis Penyampaian Bantuan Zakat TM di Mabna Al-Tadris, pada 15 Mac 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan yang menyempurnakan majlis tersebut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada TM atas komitmen dan keprihatinannya terhadap pembangunan ekonomi dan pendidikan di Kelantan.
Semoga sumbangan RM22 ribu daripada TM ini akan memberi rangsangan dan semangat kepada para pelajar untuk lebih gigih berusaha dalam pelajaran. Kita juga berharap lebih ramai pihak korporat berganding bahu dengan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan masyarakat.
SUMBER: Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut