KASA PERTINGKAT USAHA HADAPI FASA PERALIHAN MONSUN

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab soalan berkenaan persediaan yang dibuat oleh KASA bagi menghadapi fasa peralihan monsun yang diajukan oleh Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi di Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022, Selasa lalu.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim turut menjelaskan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan media pada 11 Mac 2022 untuk memaklumkan tentang permulaan fasa peralihan monsun yang bermula 14 Mac dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mei 2022.
Maklumat daripada MET Malaysia juga dapat membantu pasukan penyelamat untuk merancang dan menyelaras aktiviti keselamatan kerana semasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah berkebarangkalian berlakunya ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam masa yang singkat iaitu 1 hinga 3 jam.
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah pun membentuk Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) bagi mengatasi masalah banjir kilat yang diketuai oleh Jabatan Kerajaan Tempatan dan dianggotai pelbagai agensi seperti JPS, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut