ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA: NIOSH TAWAR PENAKSIRAN KUALITI UDARA DALAMAN PERCUMA KEPADA IKS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Kementerian Sumber Manusia menerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) mengambil inisiatif di bawah program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) menawarkan perkhidmatan Penaksiran Asas Kualiti Udara Dalaman secara percuma kepada syarikat-syarikat di dalam kategori mikro dan kecil.

Pengerusi Niosh, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata, pengudaraan di tempat kerja adalah satu aspek yang penting selain pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) lain bagi membendung penularan COVID-19 dan mutasi-mutasi yang berpotensi muncul.

Menurutnya, laporan pemeriksaan awal di tempat kerja dan pemantauan asas Kualiti Udara Dalaman (KUD) akan disediakan dengan cadangan penambahbaikan serta aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja. Bliau berkata demikian ketika berucap pada Prapelancaran persidangan dan pameran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kali ke-23 (COSH 2022) di KLCC Convention Centre pada 17 Mac 2022.

Sumber:

Harian Metro

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut