PROGRAM PENYERAHAN VAN JENAZAH PERTUBUHAN AMAL UNCLE KENTANG MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 16 MAC 2022 – YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur telah menyempurnakan Program Penyerahan Van Jenazah Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia kepada Polis Kuala Lumpur di Foyer A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir adalah YDH SAC Dato’ Haji Azman bin Ayob, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Kuala Lumpur, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Cheras, Encik Kuan Chee Heng (Pengasas Pertubuhan Uncle Kentang Malaysia) dan wakil-wakil media.

Program ini merupakan inisiatif baharu Polis Kuala Lumpur untuk mencapai “World Class Policing Through Modern Policing” sebagai usaha untuk membantu meringankan beban masyarakat umum Kuala Lumpur berasaskan Citizen Centric Centre ini diwujudkan bagi memberikan perkhidmatan pengurusan van jenazah secara percuma kepada semua lapisan masyarakat yang beragama Islam selari dengan konsep Keluarga Malaysia. Inisiatif ini adalah kerjasama Polis Kuala Lumpur bersama Pertubuhan Amal Uncle Kentang sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke – 215 tahun pada tahun 2022. Tiga ciri utama inisiatif ini adalah kolaborasi dan kerjasama, aspirasi Keluarga Malaysia dan mengurangkan beban masyarakat.

Pertubuhan Uncle Kentang Malaysia menyumbangkan sebanyak 2 buah van jenazah sebagai pilot-project. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah dipilih untuk diletakkan van jenazah tersebut. Orang ramai yang ingin menggunakan Perkhidmatan Van Jenazah Rakyat Polis Kuala Lumpur ini boleh menghubungi nombor seperti di talian berikut 03-9205 0222 IPD Cheras dan 03-2600 2222 IPD Dang Wangi.

 

SUMBER: FB POLIS KL https://www.facebook.com/PolisKL

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut