PROGRAM ‘BRISK WALKING’ BERSAMA MASYARAKAT PERINGKAT BALAI POLIS SRI PETALING

KUALA LUMPUR  – Bertempat di sekitar kawasan perumahan, taman rekreasi dan Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur telah berlangsungnya program ‘Brisk Walking’ Peringkat Balai Polis Sri Petaling. Hadir bagi menjayakan program ialah Insp Nik Faidrul bin Nik Fauzi, Ketua Polis Balai Sri Petaling bersama Sub Insp Shafeirul Weiringen, Timb. Ketua Polis Balai, Sm Ashari bin Amat, SM Opersi Balai dan 7 anggota Balai Polis Sri Petaling 11 Mac 2022 jam 5.30 petang.

Tujuan program diadakan ialah untuk menunjukkan kehadiran Polis (Omnipresence) di kawasan ‘Hot Spot’ bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian ragut dan samun terutama disekitar kawasan perumahan dan Masjid Jamek Sri Petaling dengan menggunakan pendekatan berjalan kaki.

Di samping itu, program ini sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan dengan pergerakan yang dilakukan serta input yang diperolehi daripada masyarakat melalui perjumpaan empat mata. Dengan ini, penyampaian maklumat dan respon yang lebih berkesan dapat disampaikan. Dalam masa yang sama turut dapat bersuai kenal dengan masyarakat setempat.

Masyarakat yang ditemui amat berpuas hati dengan tahap perkhidmatan PDRM khususnya dari pegawai dan anggota Balai Polis Sri Petaling dalam mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan komuniti khasnya dalam kawasan Brickfields. Program berakhir dengan jayanya jam 6.45 petang.

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut