PENAFIAN BERITA PALSU OLEH IBU PEJABAT POLIS DAERAH TIMUR LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Siaran media PDRM IPD Timur Laut telah menafikan berita palsu yang tular di media sosial mengenai kes penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh seorang pengasuh warganegara Indonesia dan tiada tindakan diambil kepada pengasuh tersebut.

PDRM Timur Laut telah menjalankan tangkapan ke atas seorang perempuan warganegara Indonesia pada 8 Disember 2021 yang lalu kerana dituduh melakukan penderaan kepada kanak-kanak di Kawasan Gelugor, Pulau Pinang. Suspek juga ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah semasa tangkapan dibuat.

Suspek telah dituduh di mahkamah Georgetown Pulau Pinang di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan dijatuhi hukuman 3 bulan penjara. Pada 16 Mac 2022 pula, Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang telah mengarahkan suspek dituduh di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan pertuduhan akan dibuat dalam masa yang terdekat.

Sumber: IPD Timur Laut, Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

DUA LELAKI NEKAD PECAH LIMA TABUNG MASJID DALAM SATU MALAM

Dua lelaki nekad melakukan pecah tabung di lima masjid sekitar daerah ini dalam tempoh satu malam bagi mendapatkan wang belanja …
Maklumat Lanjut

BILIK MESYUARAT SIASATAN JENAYAH NARKOTIK TAMPIN TERBAKAR

Sebuah bilik mesyuarat di tingkat empat Bangunan Pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin musnah dalam kebakaran …
Maklumat Lanjut

IPD KOTA KINABALU TUMPASKAN KUMPULAN PECAH RUMAH AKTIF

RAMPAS: Kasim menunjukkan salah satu barangan yang dirampas semasa penahanan suspek. KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu …
Maklumat Lanjut