PEMANTAUAN KADAR OKSIGEN KANAK-KANAK YANG DIJANGKITI COVID-19

Assalamualaikum parents…

Ada beberapa parents yang mesej saya tanya berkenaan oksigen level anak-anak bila dijangkiti Covid19.

Ramai yang risau bila check oksigen, oksigen level kadang-kadang ada yang 88% aje

Point-point yang penting berkenaan pemantauan oksigen level di rumah ialah :

1. Kalau bacaan oksigen level device kita rendah pada anak, terus check pada kita juga (supaya kita yakin mesin kita tidak rosak)

2. Elakkan ambil bacaan pada jari yang sejuk (bila anak demam panas, bahagian dada dan kepala akan panas… tapi tangan dan kaki sejuk…Bacaan oksigen pada jari yang sejuk tak accurate) – jadi.. pakaikan stokin pada tangan atau kaki anak, bila dah panas jari baru check oksigen balik semula… selalunya insha-Allah bacaan akan normal

3. Bacaan oksigen lebih 94% adalah normal

4. Namun begitu, bacaan oksigen adalah salah satu cara pemantauan kita sahaja…. tolong call CAC sekiranya kita perasan anak bernafas laju atau struggle untuk bernafas… walaupun oksigen level normal.

Semoga semuanya baik baik sahaja insha-Allah.

Ameen ya Rabb.

Sumber : FB Dr Syed Jefrizal Paediatrician KPJ Seremban

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut