KPDNHEP SEBERANG PERAI UTARA MEMPERGIATKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, Pemeriksaan Bekalan Ayam dan Telur Ayam, Bekalan Tepung Gandum, Bekalan Minyak Masak serta Pemeriksaan RTK Test Kit Covid-19 pada 15 Mac 2022 yang dijalankan di premis sekitar Taman Bagan, Butterworth. Pemeriksaan telah dilaksanakan oleh tiga (3) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Seberang Perai Utara melibatkan 17 buah premis.

Satu (1) kes telah dihasilkan di bawah AktaTimbang Dan Sukat 1972.

Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut