LAWATAN KERJA ANGGOTA SURUHANJAYA SPAN KE BAHAGIAN BEKALAN AIR WP LABUAN

WP LABUAN – Pada 12 Mac 2022, anggota Suruhanjaya SPAN yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Perlindungan Pengguna, Encik Shahir bin Adnan telah mengadakan lawatan bersama warga Forum Air ke Bahagian Bekalan Air, Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, mereka juga melawat lokasi kerja baik pulih yang sedang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip pecah di Jalan Rancha-Rancha.

Akhir sekali, pihak pengurusan BBA Labuan turut mengaturkan lawatan SPAN ke Stesen Pam Pulau Enoe. Ianya turut menampung keperluan industri gas dan minyak di sekitar Labuan.

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …