LATIHAN MANTIS FOKUS ATUR GERAK KUMPULAN KECIL PAKAR CBRNe

BATU BERENDAM, 15 Mac – Latihan MANTIS Siri 8/2022 telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam. Latihan tersebut merupakan Eksesais bilateral antara 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Kanada (ATK) iaitu melibatkan Pasukan Operasi Khas Kanada (CANSOFCOM).

Latihan ini bertujuan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi ancaman Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosive (CBRNe) pada tahap yang tinggi. Latihan ini memberi fokus kepada atur gerak kumpulan kecil pakar CBRNe, tim pemusnah alat letupan reka ganti atau Improvise Explosive Device (IED) beserta kumpulan perubatan medan bagi menyokong operasi anti keganasan kumpulan penggempur pasukan khusus.

Turut hadir, Mejar General IR Abdul Hamid bin Mohd Isa, Exercise Director, Encik Irman bin Ismail, Pengurus Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Melaka, Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, dan Tuan Arman Shah Rizal bin Alias, Ketua Unit Bomba LTAM.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut