9 ‘WIRA OREN’ BANTU CARI BARANG KEMAS WANITA TERIMA SIJIL PENGHARGAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pengukuhan Integriti)

BUKIT MERTAJAM: Sembilan (9) pekerja am atau dikenali ‘Wira Oren’ yang membantu seorang anggota polis wanita secara tidak sengaja terbuang barang kemas miliknya pada bulan lalu menerima sijil penghargaan daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Kesemua pekerja berkenaan menerima sijil penghargaan itu daripada Datuk Bandar MBSP Datuk Azhar Arshad ketika Perhimpunan Korporat Bandaraya hari ini.

Menurut Datuk Bandar MBSP, pemberian sijil itu adalah bagi menghargai kakitangan berkenaan yang menunjukkan integriti tinggi semasa menjalankan tugas.

Jelasnya, MBSP amat memberi perhatian serius terhadap masalah integriti dan etika dalam kalangan warga kerja MBSP tanpa mengira barisan pembuat dasar, pentadbiran dan pengurusan tertinggi mahupun peringkat pelaksana.

Pada 20 Februari lalu, seorang anggota polis wanita dilaporkan secara tidak sengaja terbuang sejumlah barang kemas miliknya di dalam tong sampah berhampiran kuarters yang didiaminya.

Bagaimanapun, wanita itu mampu menarik nafas lega selepas barang kemas miliknya itu ditemui semula oleh pekerja MBSP yang membantunya dan memuat naik status berkenaan hingga ia tular di media sosial.

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut