PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA DI BAYAN BARU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang bersama beberapa agensi kerajaan telah menganjurkan Program Jualan Keluarga Malaysia, Peringkat Negeri Pulau Pinang  di Tapak Pasar Malam Mahsuri, Bayan Baru, 13 Mac 2022 mulai  9.00 pagi.

Program jualan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan B40. Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah dan sangat menjimatkan.

Di antara penjimatan yang sering menjadi tumpuan di Program Jualan Keluarga Malaysia ialah :-

Ayam Segar : RM10/ekor

Daging Tempatan : RM32/kg

Telur Gred B : RM10/papan

Telur Gred C : RM9/papan

Combo Minyak paket 2kg & Tepung 1kg : RM5/beg

Minyak 5kg: RM25/botol

Sayur : RM2/paket @ RM5/3 paket

Gula 1kg : RM2.30

Susu Pekat Manis : RM2/tin

Milo 1kg : RM15/paket

 

Dengan adanya program seperti ini, ia membantu mempertingkatkan kuasa membeli rakyat. Inisiatif ini juga secara langsung membantu  kedudukan ekonomi golongan B40 terutama yang tinggal di kawasan bandar.

 

Sumber : Laman Facebook KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …