PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KOMANDER PANGKALAN UDARA SENDAYAN

   

SENDAYAN, 9 Mac 22 – Majlis Serah Terima Tugas Komander Pangkalan Udara Sendayan telah berlangsung di antara Brig Jen Haji Ahmad bin Yusof TUDM dengan Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM. Majlis serah terima tugas yang diadakan di Padang Kawad, Markas Pangkalan telah disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM.

Seluruh warga Pangkalan Udara Sendayan merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa bakti Brig Jen Hj Ahmad bin Yusof TUDM sepanjang memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan dan sekalung tahniah kepada Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM di atas pelantikan sebagai Komander Pangkalan yang baharu.

Sumber : FB Tentera Udara Diraja Malaysia

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut