PELUPUSAN SISA BUANGAN TERJADUAL SECARA HARAM DI PERMATANG PAUH, PULAU PINANG – KERJA-KERJA DI TERUSKAN DI HUJUNG MINGGU

DASAR KESELAMATAN NEGARA

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang meneruskan pemantauan pada hari kelima, 13 Mac 2022 melalui udara dengan mengunakan pesawat tanpa pemandu (drone) bagi melihat kerja-kerja pembersihan dan pembungkusan sisa buangan terjadual yang dilupuskan secara haram di kawasan sawah padi di negeri ini.

Pemantauan ini dilakukan bagi memantau dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar lokasi sawah padi yang tercemar dengan buangan terjadual selepas 5 hari kerja – kerja pembersihan dan pelupusan terus ke premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang turut mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan pencemaran. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
Penguatkuasaan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut