KEWAJIPAN PENIAGA TERHADAP PEMATUHAN SOP MENJELANG FASA ENDEMIK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 8 Mac 2022 (Selasa) lalu, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa Negara akan memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022 (Jumaat). Fasa ini merupakan fasa peralihan untuk kembali kepada kehidupan normal selepas Negara dilanda pandemik COVID-19.

Walau bagaimanapun, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa pemakaian pelitup muka dalam kalangan masyarakat masih diwajibkan di tempat-tempat awam. Begitu juga para peniaga dan premis-premis perniagaan masih tertakluk kepada beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sehubungan dengan itu, KPDNHEP telah menggariskan tujuh (7) perkara yang mesti dilakukan oleh para peniaga terhadap pematuhan SOP, iaitu:

  • tempoh operasi ikut lesen perniagaan;
  • memastikan pengudaraan yang baik;
  • menyediakan cecair sanitasi tangan;
  • memastikan pelanggan daftar MySejahtera;
  • memeriksa status MySejahtera pelanggan;
  • memakai pelitup muka; dan
  • mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber : Laman Rasmi KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut