PROGRAM ‘OP OSCAR’ – COMMUNITY POLICING PERINGKAT IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

PULAU PINANG, 13 MAC 2022 – Ibu Pejabat Polis (IPD) Barat Daya telah mengadakan Program ‘Op Oscar’ – Comunity Policing Peringkat IPD Barat Daya. Dalam program ini, YDH Supt. Kamarul Rizal bin Jenal, Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Jafri bin Md. Zain, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya bersama Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan Polis dan Pegawai-pegawai Rendah Polis turun berjumpa dengan masyarakat setempat di kawasan pentadbiran Balai Polis Teluk Kumbar.

Sebanyak (10) team telah diwujudkan dimana setiap team terdiri daripada (2) Pegawai Kanan Polis dan (2) Pegawai Rendah Polis termasuk AMANITA yang melibatkan (10) kumpulan komuniti. Taklimat disampaikan oleh Insp Siva Chantran A/L Ramasamy, Ketua Cawangan MPV Daerah Barat Daya.

Melalui program ini, masyarakat setempat berpeluang untuk mengutarakan masalah, pandangan serta cadangan kepada pihak Polis dalam menjaga ketenteraman awam.

Slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ dijadikan pegangan bagi membuktikan Pegawai dan Anggota Polis Diraja Malaysia sentiasa mengambil berat dalam isu kebajikan melibatkan orang ramai.

Sumber:

Sumber:

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut