MBSP: PROGRAM PEMAHAMAN UNDANG-UNDANG KECIL PENGASINGAN SAMPAH DAN PELESENAN PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN SAMPAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Program pemahaman Undang-Undang Kecil Pengasingan Sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah (Majlis Perbandaran Seberang Perai) 2016 oleh Jabatan Undang-Undang, MBSP telah diadakan di Pasaraya Mydin Bertam, Kepala Batas pada 12 Mac 2022.

Diantara pengisian program adalah sesi menjawab kaji selidik oleh pengunjung yang hadir dan penandaan sticker oleh kanak-kanak berkenaan sampah yang boleh dikitar semula. Seterusnya diikuti dengan tayangan video pemahaman undang-undang kepada semua pengunjung. Program turut dimeriahkan dengan permainan dam ular gergasi dan permainan poster bergambar. Permainan-permainan tersebut mempunyai soalan menguji minda peserta berkaitan kitar semula sampah.

Aktiviti kitar semula merupakan salah satu komponen utama dalam pemuliharaan alam sekitar. Usaha kitar semula ini semestinya dapat mengurangkan sampah awam di kawasan yang padat dengan penduduk seperti di Seberang Perai, malah ia juga merupakan satu cara untuk pengurusan sampah yang betul

Program ini akan diteruskan dengan Siri 2 yang akan diadakan pada 19 Mac 2022 di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam dan Siri 3 pula akan diadakan pada 20 Mac 2022 di Pasaraya C-Mart, Nibong Tebal. ย Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada warga Seberang Perai di semua peringkat umur berkenaan pengasingan sampah bermula dari rumah masing-masing.

 

Sumber:

Facebook Majlis Perbandaran Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut