KANAK-KANAK LEBIH BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN COVID-19

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun, terutamanya semasa negara akan memulakan fasa peralihan ke endemik 1 April depan, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM menerusi catatan di akaun Facebook rasminya pada 12 Mac 2022 berkata kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19.

Menerusi hantaran tersebut, KKM memaklumkan bahawa kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur yang lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi.

Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Paediatric Intensive Care Unit) akibat COVID-19 meningkat sebanyak 94% untuk kesemua kategori 3 hingga 5, dengan peningkatan ketara untuk kategori 4 sebanyak 200%, diikuti kategori 5 sebanyak 125%.

Pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur 5-11 tahun, terutamanya apabila negara akan memulakan fasa β€˜peralihan ke endemik’.

Oleh itu, ibu bapa adalah dinasihati agar mengambil vaksin untuk anak-anak mereka bagi melindungi anak-anak tersebut daripada jangkitan teruk varian Omicron yang boleh membawa maut dari jangkitan COVID-19 dan komplikasinya iaitu MIS-C.

 

Sumber:

Laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

REGATTA LEPA SEMPORNA BUKTI KUKUH WARISAN BUDAYA SABAH

TAHNIAH: Christina (tengah) menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) kepada Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Penganjur, Alexander Liew …
Maklumat Lanjut

JANGAN TERPEDAYA DENGAN CERITA TIDAK SAHIH DI MEDIA SOSIAL

RASMI: Hajiji memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik rasminya majlis itu. TUARAN: Rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan …
Maklumat Lanjut