DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang menjalankan aktiviti penguatkuasaan pada 12 Mac 2022. Aktiviti melibatkan Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat dan Pemeriksan Minyak Masak, Pemeriksaan Test Kit di Pasar Awam Tasek Mutiara dan kawasan Sekitar oleh tiga (3) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang melibatkan 59 buah premis.
Selain itu, seramai dua (2) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang turut melakukan aktiviti pemeriksaan SOP PPN Fasa 4, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat serta Pemeriksaan Test kit COVID-19 di Nibong Tebal dan kawasan sekitar melibatkan 21 buah premis.
Sumber:
Laman Facebook KPDNHEP Pulau Pinang