KOTA BHARU – Kebanyakan daripada 83 individu yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) di seluruh negara pada tahun ini terbabit jenayah rompakan bertujuan untuk membeli bekalan dadah.
Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Khalil Azlan Chik berkata, penahanan kesemua individu berusia antara 18 hingga 73 tahun itu dilakukan bermula 1 Januari sehingga 10 Mac lalu.
โDaripada jumlah itu, seramai 12 individu dikenakan perintah tahanan manakala 71 lagi dikenakan perintah pengawasan di seluruh negara.
โKebanyakan mereka adalah penagih yang merompak bukan untuk kaya tetapi untuk membeli dadah selain individu yang terlibat jenayah kekerasan, curi kenderaan dan pemerasan,โ katanya pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Melor di sini pada Ahad.
SUMBER : SINAR HARIAN