KOTA BHARU – Seramai 200 murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan awal persekolahan bagi persediaan menjelang pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac 2022 nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr Izani Husin berkata, pemberian kelengkapan persekolahan itu adalah bagi menyantuni anak-anak daripada golongan yang kurang berkemampuan atau telah dipilih sebagai penerima.
“Hari ini, seramai 200 orang murid sekolah telah menerima bantuan berbentuk kelengkapan sekolah sebagai contoh baju, seluar, beg, kasut dan sebagainya.
“Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tanggungan ibubapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak semua,” tambahnya.

