PULAU PINANG BERSIAP SEDIA SEBELUM SEMPADAN NEGARA DIBUKA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

GEORGETOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan tempoh selama tiga minggu bagi  melakukan persediaan dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menerima kehadiran pelancong sebelum pintu sempadan negara dibuka pada 1 April depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sejak dua bulan lalu untuk menyambut kedatangan pelancong terutama dari luar negara ke Pulau Pinang. Antaranya ialah lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan memperhalusi SOP bagi memastikan pembukaan pintu sempadan dapat dilaksanakan dengan selamat.

Tiga minggu sebagai tempoh persediaan dan penampan untuk negeri Pulau Pinang menerima kemasukan pelancong melalui laluan darat, udara dan laut. Persiapan-persiapan ini perlu diperhalusi.

Kata Kon Yeow, walaupun persiapan rapi telah dibuat  namun bergantung kepada pelancong luar negara sama ada mereka mahu memasuki Malaysia atau tidak dalam tempoh ini atas tujuan perlancongan, perniagaan atau sebagainya.

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut