PENJAGAAN DIRI SEMASA MENJALANI ISOLASI UNTUK COVID-19

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan bahawa jika anda positif COVID-19 tetapi mengalami gejala yang tidak mengancam nyawa, anda mesti kekal di rumah dan mengamalkan pengasingan dan kuarantin di rumah.

Berikut adalah nasihat penjagaan diri semasa menjalani isolasi untuk COVID-19 di rumah :

1. Pastikan bilik anda dingin dan mempunyai pengudaraan yang baik
2. Ambil paracetamol jika demam
3. Minum air yang mencukupi sepanjang hari
4. Pantau tahap oksigen dalam darah anda
5. Rehat secukupnya.

Anda juga perlu mengemaskini status kesihatan dalam aplikasi MySejahtera melalui Home Assesment Tool (HAT) dua kali sehari.

Jika anda mengalami gejala yang teruk, sila pergi ke CAC atau hospital terdekat serta hubungi 999 sekiranya berlaku kecemasan.

Peringatan ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan untuk info lanjut anda boleh semak laman web rasmi KKM dan media sosial KKM.

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …