MENUNGGANG KUDA SEBAGAI SUKAN REKREASI DI HOMESTAY KAMPUNG RAWA, LENGGENG, SEREMBAN

   

Inap Desa di daerah Seremban menawarkan pakej menarik kepada pelancong apabila menginap di sini. Keunikan Inap Desa tersebut dapat disaksikan dengan kepelbagaian budaya dan adat resam yang disajikan kepada pelancong. Homestay Kampung Rawa yang terletak di Mukim Lenggeng menawarkan pakej inap desa yang menarik untuk anda jika datang bertandang ke sana.

Menunggang kuda adalah pengalaman yang amat menyeronokkan bagi mereka yang sukakan cabaran, namun tidak ramai yang berpeluang menunggang kuda memandangkan kemudahannya yang terhad dan memerlukan kos yang mahal. Bagaimanapun, bagi mereka yang berminat untuk merasai pengalaman menunggang kuda, anda boleh berkunjung ke sebuah pusat ekuin di Kampung Rawa. Ia dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman dalam pengendalian kuda dan latihan untuk menunggang kuda sambil menikmati kehijauan dan kesegaran suasana desa.

Terdapat juga kemudahan seperti restoran dan Homestay bagi mereka yang ingin bermalam dan menikmati udara segar dan alam sekeliling. Aktiviti sukan berkudai ni juga boleh menjadi salah satu aktiviti bekeluarga. Anda seisi keluarga dapat meluangkan masa bermesra dan berinteraksi dengan kuda. Ia adalah tempat yang sesuai untuk kanak-kanak mempelajari bagaimana untuk menyayangi haiwan dan alam sekitar.

Kepada anda yang berhasrat untuk menunggang kuda ianya memerlukan empat perkara utama iaitu kecergasan, fleksibel, keseimbangan dan keberanian. Penunggang yang baik mestilah cergas, mempunyai kekuatan otot kaki terutama peha, perut dan belakang. Bahagian ini penting bagi membolehkan penunggang duduk dengan tegap di atas kuda dan mudah untuk mengawal semasa menunggang. Pergerakan kuda mungkin kadang-kadang mengejutkan, jadi badan kita perlulah fleksibel untuk mengikut pergerakan kuda.

Kepada anda yang berminat untuk menginap di Homestay Kampung Rawa atau menunggang kuda bolehlah menghubungi nombor yang tertera di bawah ;-

Pn. Saadiah 019-3544472
Alamat : Homestay Kampung Rawa
Kampung Rawa Hulu Lenggeng
71750 Seremban
Negeri Sembilan

Sumber : FB Pesona Seremban

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut