DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)
Bermula 1 April 2022, seluruh Negara akan mula beralih ke Fasa Peralihan Endemik dengan pembukaan sempadan negara, pemansuhan penjarakan fizikal untuk solat jemaah, pemansuhan had waktu operasi premis niaga dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun pelitup muka masih perlu terus dipakai seperti hebahan infografik yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kita dalam fasa peralihan ke endemik mesti juga beralih dari segi pengurusan pandemik COVID-19 ini daripada banyak bergantung kepada intervensi kerajaan iaitu SOP, undang-undang di bawah Akta 342 dan sebagainya, beralih daripada intervensi kerajaan kepada:
1. Kerajaan yang terus prihatin dan melindungi anda.
2. Solidariti komuniti
3. Tanggungjawab individuβ
– Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin