MBSP : SIRI 3 MANAGEMENT BY WALKING AROUND

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pembangunan Kapasiti dan Kompentensi Nasional)
Pada 9 Mac 2022, YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai bersama Pengarah Pelesenan, Pengarah Landskap, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Perbandaran serta pegawai kanan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah turun padang di sekitar Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Ampang Jajar, Taman Bandar Ampang Jajar, Pasar Awam Samagagah & Depo Pembersihan Berapit, Seberang Perai Tengah (SPT).
Lawatan tapak bagi Siri Ke – 3 ini merupakan salah satu kaedah “Management by Walking Around” (MBWA) yang bertujuan memantau keadaan sebenar di tempat-tempat seliaan MBSP bagi merancang penambahbaikan yang boleh dibuat pada masa hadapan untuk kemudahan kepada penduduk Seberang Perai. YBhg. Datuk Bandar turut mendekati Kakitangan MBSP yang bertugas di lapangan dalam memastikan kebajikan pekerja terjamin disamping perjalanan serta fungsi MBSP berjalan dengan lancar.
Sebelum ini WBWA bagi Siri Ke – 2 telah dilaksanakan di sekitar Taman Rekreasi Ampang Jajar, Jeti Kelip-Kelip, Kompleks Makanan Taman Sentosa, Pejabat MBSP Cawangan Jawi Dan Depo Operasi Pembersihan Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) pada 2 Mac 2022. Siri kedua turut berlangsung dengan tujuan bagi memantau keadaan sebenar di tempat tumpuan awam di SPS dan melihat sebarang penambahbaikan yang boleh dibuat serta mendapatkan maklum balas awam terhadap kemudahan yang disediakan oleh MBSP.
Sumber:

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut