PERALIHAN KE ENDAMIK BERMULA 1 APRIL 2022

Negara akan memasuki Fasa ‘????????? ?? ???????’ bermula ? ????? ????, merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan Keluarga Malaysia kembali kepada kehidupan hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

Pembukaan Sempadan Negara – merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemic.

Fasa Peralihan Endemik mulai 1 April 2022 :

  • Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.
  • Aktiviti solat Jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. (Tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) )
  • Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.
  • Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung.
  • Keperluan vaksinasi:

– Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.

– Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

  • Pemansuhan had kapasiti 50% untuk aktivit melibatkan orang ramai.

#ReopeningSafely #EndemikMalaysia

#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #IsmailSabri #PM9 #PejabatPerdanaMenteri

Follow Channel Telegram PMO Info Channel

(Saluran Rasmi Pejabat Perdana Menteri)

https://t.me/PejabatPerdanaMenteri

 

SUMBER: FB PEJABAT PERDANA MENTERI https://www.facebook.com/PejabatPerdanaMenteri

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut