PEDI MUDAHKAN URUSAN PERNIAGAAN DI WP LABUAN

WP LABUAN – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) memudahkan urusan perniagaan seorang pengusaha gerai makanan.

Menurut Juriyah Mustaffa, 38, pelbagai urusan perniagaan secara dalam talian boleh dilakukan di PEDi Kampung Lubok Temiang seperti proses pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan transaksi pembayaran bil air dan elektrik.

“Selain itu, dengan tunjuk ajar kakitangan PEDi saya juga belajar kemahiran ICT dan boleh menghasilkan menu makanan sendiri untuk gerai saya tambahan pula ada perkhidmatan mencetak, mesin pengimbas, ‘laminating’ dan ‘binding’,”katanya semasa ditemui di PEDi Lubok Temiang semalam.

Beliau yang sudah menggunakan perkhidmatan di pusat itu sejak kira-kira lima tahun lalu turut menyeru komuniti setempat agar memanfaatkan segala kemudahan dan perkhidmatan latihan yang disediakan untuk memajukan diri sendiri dengan pelbagai  bidang kemahiran mahupun keusahawanan.

Sumber: MalaysiaAktif

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut