COMBI PULAU PINANG: AGEN KESIHATAN KOMUNITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

COMBI (Communication for Behavioural Impact) Negeri Pulau Pinang diwujudkan sebagai medium penyampai kepada komuniti menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi  untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti kearah tingkahlaku yang sihat.

Terbaru pada 7 Mac 2022 yang lepas, COMBI Pulau Pinang telah menajyakan Slot Bicara Prisma menerusi Mutiara FM berbincang mengenai topik : ” ??????? ????????????? ??? ??????????? ?????? (?????) ??????? ?????????? ????????? ?????? ????? @ ???? ????????? ???????? ” bersama tetamu istimewa iaitu Prof. Madya Dr. Nur Faeza binti Abu Kassim, Pengerusi COMBI Negeri Pulau Pinang.

COMBI Negeri Pulau Pinang juga aktif dalam melaksanakan program berunsurkan penerangan dan nasihat kepada komuniti sambil mengedarkan risalah berkenaan wabak COVID-19 dan Denggi.
Antara usaha yang dilakukan oleh ahli COMBi adalah dengan memberikan nasihat kepada orang ramai agar membuat pembersihan kendiri membersihkan rumah masing-masing bagi menghapuskan tempat-tempat potensi pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, Ahli COMBi juga membantu menyemak secara rawak para pengunjung yang ke Pasar Pagi jika mereka bebas COVID-19 dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Tahniah dan ucapan penghargaan diucapkan kepada COMBI Negeri Pulau Pinang yang sentiasa aktif membantu memperkasa komuniti ke arah tingkahlaku sihat.

 

Sumber:

Laman Facebook COMBI Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut