AADK: PENGHIJAUAN KAWASAN BERISIKO TINGGI (KBT) DAERAH BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar dan Operasi)

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) merupakan sebuah agensi peneraju dalam membenteras masalah dadah, sentiasa berusaha gigih dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dari aspek rawatan & pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan. AADK juga memainkan peranan dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan matlamat Malaysia bebas dadah .

Di Negeri Pulau Pinang, di peringkat Daerah Barat Daya, AADK Daerah Barat Daya telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Komuniti berkaitan Pengenalan PENGHIJAUAN Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Daerah Barat Daya.
Di dalam perjumpaan yang telah dilaksanakan pada 7 Mac 2022 ini, taklimat PENGHIJAUAN KBT kepada Pengerusi MPKK, Pengerusi Masjid dan Penghulu kawasan KBT telah disampaikan oleh Ketua Daerah AADK Barat Daya,Encik Ibrahim bin Muhamad Said. Objektif perjumpaan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman komuniti berkaitan PENGHIJAUAN KBT Mukim 12 mengikut sasaran yang tepat.
Sumber:
Laman Facebook AADK Barat Daya
Laman Web Rasmi My – GOV

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut